Januari 11, 2022 Enrique Iceglesias

Mana lebih berkesan; Sosial Media atau Website?

Contents

Pernahkah anda terfikir, “kenapa anda perlukan laman web sedangkan anda ada sosial media untuk mempromosikan perniagaan anda?”. Anda juga pasti akan terfikir “mengapa anda perlu mengeluarkan kos-kos untuk membangunkan laman web anda (kos itu termasuklah server, upah designer, SEO, web maintenance dan lain-lain) sedangkan anda boleh setup sosial media seperti Facebook, Instagram atau Tiktok secara percuma?” Kali ini kita akan kupas perbezaan approach antara laman web dan media sosial.

Kelebihan Sosial Media Untuk Perniagaan Kecil-Kecilan

Untuk setup sosial media adalah FREE dan anda berpeluang untuk berinteraksi dengan orang-orang yang berminat dengan perniagaan anda di platform – platform sosial media secara terus seperti Facebook, Instagram & Tiktok. Jika digunakan dengan betul, anda sebenarnya berpeluang untuk mengembangkan perniagaan anda di media sosial dengan lebih cepat. Di sini kita akan kupas antara kebaikan untuk anda menggunakan sosial media bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan anda :

  • Tidak Memerlukan Pengalaman Teknikal Yang Tinggi

Kebanyakan sosial media adalah mudah digunakan dan tidak memerlukan pengalaman dari sudut teknikal seperti pengetahuan coding dan sebagainya. Ketika membina halaman sosial perniagaan, anda dikehendaki untuk mengisi borang mudah dan masukkan info perniagaan anda disana. Anda tidak perlu pakar dalam bidang coding untuk menghasilkan laman perniagaan anda di media sosial.

Maka, Mengapa Anda Memerlukan Laman Web?

  • Anda Perlu Mengawal 100% Terhadap Perniagaan di Internet
    Sebagai pemilik dan pendiri bisnes, anda boleh memilih sama ada :A) Setup kedai anda di dalam ‘kedai’ orang lain; atauB) Setup di tapak perniagaan yang anda miliki sendiri. Dengan pilihan pertama, anda sangat bergantung pada belas ihsan kedai orang lain. Sekiranya mereka tidak mahu lagi kedai anda berada dalam kedai mereka, anda terpaksa keluar dan mendapatkan lokasi baru. Atau, sekiranya mereka tidak lagi mahu membuka kedai mereka satu hari nanti, perniagaan anda juga akan kehilangan pelanggan anda. Sekiranya anda memilih untuk membuka kedai anda di tapak perniagaan anda sendiri, anda akan memiliki full control terhadap perniagaan anda. Anda sama sekali tidak terkesan dengan perubahan yang berlaku pada perniagaan orang lain. Perkara yang sama juga berlaku sekiranya anda mempunyai laman web, dimana anda akan mempunyai tapak perniagaan anda sendiri (domain) dan memiliki full control terhadap perniagaan online anda.

 

  • Jadikan laman web anda sebagai ‘Hub’ Perniagaan Anda
    Sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh jadikan laman web itu sebagai ‘hub’ perniagaan anda dimana anda memiliki full control bagi setiap situasi. Anda boleh menggunakan sosial media platform untuk menarik seberapa ramai ramai pelanggan untuk masuk ke dalam laman web anda, dan setiap jualan / close sale boleh dilakukan pada laman web anda. Dengan cara menarik trafik ke web, anda boleh menjimatkan masa untuk menjawab kesemua soalan dari customer, dimana semua info telah tertera pada website jualan anda. Trafik yang masuk kedalam laman web anda boleh digunakan untuk mengembangkan email list supaya anda dapat berhubung dengan mereka pada masa akan datang. Secara kesimpulannya, adalah satu tindakan bijak untuk anda melabur dan memiliki perniagaan yang dijalankan di tapak yang memang anda miliki tanpa mengharapkan pada ‘tapak orang lain’. Satu masa nanti, peraturan perniagaan orang lain akan berubah dan ia akan memberi kesan kepada perniagaan anda, sekiranya anda tidak mengawal perniagaan anda sepenuhnya.
"In the information age, build a website before you build a workplace."

Amit Kalantri

ICEINK, YOUR WEBSITE DESIGN & DEVELOPMENT PARTNER.

Di ICEINK, kami menjaga laman web anda termasuklah database, email, fail web, design, SEO, payment gateway dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan laman web.

Hubungi kami sekiranya anda mempunyai idea perniagaan untuk diterjemahkan dalam bentuk online dan laman web. (juga boleh bertemu dalam Zoom Meeting / Google Meet untuk lebih mudah dan cepat).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Contents

LET’S WORK TOGETHER

Let’s find out how to work together and create something valuable websites

Need Help? Chat with us