Contents
Jika sebut mengenai e-commerce website untuk perniagaan di Malaysia, satu perkara yang kita perlu pilih dengan betul adalah payment gateway platform. Di Malaysia, kita mempunyai banyak pilihan sama ada iPay88, BillPlz, SenangPay, ToyyibPay dan MOLPay. Kita boleh katakan bahawa Ipay88 dan MOLPay ( sekarang dikenali sebagai RazorPay) sebagai ‘giant player’, namun bagaimana dengan lain-lain payment gateway? Kami tidak mempunyai banyak pengalaman dengan ‘pemain-pemain’ baru, namun kami mempunyai pengalaman yang cukup baik dengan payment gateway SenangPay.
SenangPay : Sesuai Untuk E-Commerce Besar Dengan Yuran Yang Berpatutan (semurah RM300 setahun)
Senangpay bolehlah dikatakan sebagai ‘newcomers’ dalam Malaysia jika dibandingkan dengan iPay88. Tapi secara jujurnya, mereka mempunyai pakej yang menarik disamping support system yang terbaik. Berdasarkan pengalaman kami, proses untuk mendaftar Senangpay adalah lebih mudah berbanding iPay88. Dalam masa 2-3 hari selepas mendaftar dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan, kita sudah boleh menggunakan payment gateway ini. Menarik bukan? (tetapi hanya untuk FPX/local bank. Untuk enable credit card payment, mereka memerlukan 14 hari bekerja). Caj yang dikenakan pada setiap transaksi jugak agak rendah iaitu 1.5% untuk setiap transaksi yang menggunakan FPX/local bank seperti Maybank2U, manakala 2.5% caj transaksi untuk kad kredit. Sebagai contoh, sekiranya harga barang kita RM100, Senangpay akan caj 1.5% iaitu RM1.50, dan akan bank in ke akaun kita RM98.50. Mereka akan bank in ke akaun perniagaan kita pada setiap Rabu dan Jumaat.
Sama seperti kebanyakan payment gateway, Senangpay boleh diintegrasikan dengan mana-mana E-Commerce platform seperti WooCommerce (WordPress) dan Opencart. Senangpay juga mempunyai integrasi dengan WordPress Gravity Form (plugin). Anda boleh melanggan Advanced Package (RM450 per year) sekiranya anda mahukan fungsi recurring payment (penerimaan pembayaran customer secara bulanan atau tahunan), split settlement atau boleh mengambil bahagian dalam Sistem Affiliate mereka. Sekiranya anda hanya mahu menjual produk online dan mahu menerima pembayaran melalui FPX/Local bank dan juga pembayaran kad kredit, anda boleh melanggan BASIC PLAN serendah RM300 setahun . Mereka juga mempunyai Special Package dimana mereka hanya caj 1.8% per transaction (kad kredit), tetapi yurannya agak mahal iaitu RM1500 setahun.
Untuk register akaun Senangpay, anda perlu memberi butiran perniagaan anda seperti:
- email perniagaan anda
- nombor telefon
- nama perniagaan anda beserta nombor pendaftaran SSM
- URL sosial media perniagaan anda sekiranya ada (facebook atau twitter atau instagram)
- URL website perniagaan anda (pastikan ada http:// atau https://)
- nama bank perniagaan anda beserta nombor akaun bank anda
- Tahun perniagaan anda bermula beserta anggaran monthly revenue
SenangPay : Admin Dashboard Yang Cantik dan Mudah Difahami
Paparan dashboard atau admin SenangPay adalah sangat cantik dan mudah difahami. Kita boleh lihat data sales kita secara tahunan, bulanan atau secara harian. Dalam dashboard Senangpay juga, kita boleh lihat paparan refund kepada client/customer sekiranya ada, jumlah duit yang telah ditransfer ke akaun bank kita dan sebagainya.
Senangpay juga mampu diintegrasikan dengan WordPress Gravity Forms (plugin). Kadangkala, ada client kami yang tidak menjual produk secara online, dan apa yang mereka perlukan adalah satu borang/form untuk menerima pembayaran secara FPX/local bank mahupun secara kad kredit. Ada juga di antara mereka yang memerlukan fungsi recurring payment (langganan berulang) menggunakan kad kredit, dan ini boleh dibuat dengan menggunakan Senangpay.
"In the information age, build a website before you build a workplace."
ICEINK, YOUR WEBSITE DESIGN & DEVELOPMENT PARTNER.
Di ICEINK, kami menjaga laman web anda termasuklah database, email, fail web, design, SEO, payment gateway dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan laman web.
Hubungi kami sekiranya anda mempunyai idea perniagaan untuk diterjemahkan dalam bentuk online dan laman web. (juga boleh bertemu dalam Zoom Meeting / Google Meet untuk lebih mudah dan cepat).