fbpx

Pembangunan Laman Web; Wix atau WordPress?


Pada zaman sekarang, pelbagai platform boleh digunakan untuk membangunkan sesebuah laman web yang interaktif. Ini berbeza sama sekali 10 tahun lepas dimana kita perlu mengetahui sedikit ilmu berkenaan HTML language untuk membina laman web (paling best waktu itu adalah kita boleh mempraktikkan ilmu HTML kedalam page Myspace kita!). Waktu itu, untuk membina laman web, kita perlu upah website developer sehingga RM10,000 untuk membina sebuah laman web statik HTML.

Kini zaman sudah pun berubah dimana banyak CMS (content management system) yang dicipta untuk memudahkan urusan pembinaan laman web. Untuk blog kali ini, kita akan kupas mengenai perbandingan antara CMS paling popular, WordPress dan website builder lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Wix.

Apa itu WordPress?

WordPress adalah Content Management System (CMS) yang dicipta menggunakan PHP language untuk memudahkan urusan pembinaan laman web yang interaktif. WordPress bukanlah satu-satunya CMS yang ada untuk membina laman web. Antara CMS yang popular termasuklah Joomla! dan Drupal. Kesemua CMS ini adalah open source dimana kita boleh download dan install kedalam server secara percuma. Makanya, kenapa Website Designer perlu charge client sedangkan lesen ini free? Ini kerana, Website Designer atau Web Developer perlu cas client mereka untuk memasangkan WordPress kedalam server, memasukkan content dan customize WordPress itu sendiri mengikut kehendak client. Disamping itu, kepakaran juga diperlukan untuk memastikan quality website itu terjaga dari segi Design, Search Engine Optimization (SEO) dan memastikan ianya mobile friendly. Oleh sebab itu, kebanyakan Website Developer hanya cas One Time Payment untuk proses development dan tiada lagi cas tambahan setiap bulan.

WordPress juga senang untuk dikemaskini oleh client sendiri. Di Iceink, kami akan mengajar client kami untuk bagaimana mereka dapat mengemaskini laman web mereka. Selain itu, kelebihan membangunkan laman web menggunakan WordPress adalah kita dapat memegang keseluruhan website itu dibawah kelolaan kita sendiri dimana kita membeli domain kita sendiri (www.kedaisaya.com.my) dan mempunyai server kita sendiri dimana kita boleh mencipta email dan menguruskan database kita sendiri tanpa bergantung pada pihak ketiga. WordPress juga boleh digunakan untuk membangunkan kedai online kita dimana kita boleh menerima payment dalam laman web kita sendiri.

Apa itu Wix.com?

wix.com adalah platform (website builder) yang digunakan, juga untuk mencipta laman web. Ramai yang menyukai wix.com kerana ianya kelihatan amat mudah dimana kita hanya perlu drag n drop sahaja info atau gambar untuk menghasilkan website. Akan tetapi, ramai juga tidak mengetahui bahawa, fungsi ini juga boleh didapati dengan WordPress (perlu menggunakan premium template dan selalunya web designer telah memasukkan fee ini dalam web development fees). Pakej yang paling murah untuk wix ini adalah USD4.50 sebulan (lebih kurang RM19 sebulan) dimana anda diberikan dengan 500MB storage dan 1GB bandwidth. Secara jujurnya, ianya memadai untuk sesiapa yang ingin mencuba mencipta laman web sendiri.

Kami juga telah mencuba sendiri website builder ini. Ianya amat mudah bagi beginner dan kami amat sarankan untuk anda mencubanya. Tetapi, untuk website yang sedikit advanced, kami tidak menyarankannya kerana masih banyak features yang tidak terdapat dalam wix, yang boleh diubah suai dengan menggunakan wordpress. Sebagai contoh, wix.com masih belum boleh support beberapa payment gateway Malaysia seperti Billplz dan Senangpay, dan kita tidak boleh ubah/customize source codenya untuk membolehkan laman web anda menerima pembayaran menggunakan payment gateway Malaysia. Benar, mereka support pembayaran menggunakan Paypal, akan tetapi cas yang dikenakan oleh Paypal adalah sekitar 4% untuk setiap transaksi. Wix juga mempunyai kelemahan untuk menambah features yang lebih advanced seperti booking system dan sebagainya.

Saranan & Pilihan Kami

Ianya bergantung pada bajet anda dan apa yang anda mahukan. Sekiranya anda mempunyai bajet yang kecil dan mahu membinanya sendiri, kami sarankan anda menggunakan wix.com kerana ianya mudah. Sekiranya anda mempunyai idea yang memerlukan features yang lebih advanced, maka kami sarankan anda menggunakan WordPress. hampir 90% client kami menggunakan WordPress. Akan tetapi, WordPress juga bukanlah yang terbaik untuk membina laman web berbentuk apps (ia dipanggil web application) yang lebih kompleks seperti CRM system, accounting system dan sebagainya. Untuk tujuan itu, kami menyarankan anda mencari programmer yang expert dengan pembangunan web application (kebiasaannya mereka ini mahir menggunakan Laravel Framework untuk membina sistem). Begitu juga dengan laman web kerajaan yang mempunyai beratus-ratus halaman, kami menggunakan Joomla! CMS atau Drupal kerana ianya lebih efisyen dan secure untuk mengendalikan website yang lebih besar.

Secara kesimpulannya, ia bergantung pada jenis website yang anda ingin bangunkan dan bajet anda. 🙂 

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest

Need Website Design or E-Commerce Development? Lets Chat!