fbpx

Joomla vs WordPress Real Experience

Ada pelbagai Open Source CMS di dalam pasaran seperti WordPress, Joomla dan Drupal. DI ICEINK, kami berpeluang untuk membangunkan laman web menggunakan kedua-dua platform; Joomla dan WordPress. Kedua-duanya merupakan CMS yang hebat bagi membangunkan laman web. Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai perbezaan antara Joomla dan WordPress.

Secara jujurnya, kebanyakan  projek kami menggunakan CMS WordPress. Antara sebab kami memilih WordPress adalah kerana pembangunan laman web WordPress adalah lebih mudah jika nak dibandingkan dengan Joomla. Pendekatan WordPress adalah agak mudah; mencipta halaman/ blog > masukkan kedalam menu > selesai. Antara sebab lain kami memilih WordPress adalah kerana ia mempunyai banyak pilihan plugins. Plugin WordPress boleh membuatkan normal website anda menjadi lebih hebat dan profesional. Antara plugin yang selalu kami gunakan adalah Woocommerce dan Sportspress (untuk mencipta fungsi liga-liga sukan). Akan tetapi, kita perlu berhati-hati dalam menggunakan plugin. Penggunaan terlalu banyak plugin boleh menyebabkan masalah kepada keselamatan laman web (web security), loading speed menjadi berat dan banyak lagi. Dalam pengalaman kami, kami hanya menggunakan plugin tidak lebih dari 15 plugin pada setiap laman web.

Berbanding dengan Joomla, kami selalu menggunakan Joomla dalam membangunkan laman-laman web berskala besar seperti laman web kerajaan. Joomla adalah lebih stabil bagi membangunkan laman web yang mempunyai pelbagai bahasa dan mempunyai banyak halaman (sebahagian laman web klien kami mempunyai 1000 halaman). Joomla boleh mengendalikan laman web yang besar dan layout adminnya adalah lebih kompleks jika dibandingkan dengan WordPress. Ada yang mengatakan bahawa Joomla lebih berkesan dalam membina laman web yang mempunyai fungsi membership (namun, kami tidak pernah cuba). Joomla juga mempunyai fungsi seperti cache, multi language, SEO, two factor authentication dan banyak lagi tanpa bergantung harap pada plugins.

 Oleh itu, sebelum kita berfikir untuk mencari mana-mana platform CMS, kita perlu berfikir sebesar mana content yang ingin dibangunkan dan purpose laman web itu dibangunkan. Dari situ, kita faham CMS mana yang perlu digunakan; sama ada WordPress, Joomla, Drupal atau menggunakan framework seperti Laravel (Laravel digunakan untuk membangunkan aplikasi web).

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest

Need Website Design or E-Commerce Development? Lets Chat!