fbpx

Apa Itu PayHalal Payment Gateway?

Gerbang pembayaran online secara Islamik

Apa Itu PayHalal ?

PayHalal adalah gerbang pembayaran online secara Islamik (online payment gateway) yang menitik beratkan soal riba dan gharar dalam setiap transaksi pembelian secara maya. Sama seperti lain-lain payment gateway, PayHalal juga membolehkan pengguna untuk membayar barangan menggunakan kad debit, kad kredit dan transaksi FPX. PayHalal telah dianugerahkan dengan penghargaan daripada Global Islamic Finance Awards (GIFA) dan Best Islamic Fintech Programme 2019.

Bagaimana PayHalal berfungsi ?

Sejurus selepas pelanggan membuat pesanan (order) di mana-mana website yang menggunakan sistem PayHalal, Payhalal akan melakukan beberapa tugas analisis secara automatik bagi memastikan pesanan produk yang ingin dibeli adalah benar-benar halal. Sistem dapat mengesan sekiranya produk yang dijual adalah tidak halal dan untuk kes seperti ini, Payhalal akan memberhentikan transaksi jual beli dan pelanggan tidak dapat meneruskan pembelian mereka. Ini bagi memastikan transaksi jualan terbukti tulen dan halal sahaja. Payhalal juga akan memastikan setiap transaksi yang dibuat adalah tidak dikategorikan sebagai transaksi riba dan syubahah.

Bagaimana hendak membuka akaun PayHalal ?

Anda tidak memerlukan lesen perniagaan untuk membuka akaun Payhalal. Menarik bukan? Ini kerana Payhalal dicipta bertujuan untuk membantu dalam memajukan dan memperkuatkan ekonomi umat Islam khususnya bumiputera. Bukan itu sahaja, golongan yang diisytihar muflis juga boleh membuka akaun Payhalal. Anda hanya memberikan maklumat peribadi anda seperti nama, kad pengenalan, nombor telefon, alamat, emel dan maklumat akaun bank anda sahaja.

Pakej PayHalal

PayHalal mempunyai 4 pakej utama iaitu pakej Micro Merchant, SOHO Plan, SME Plan dan Pay Per Use Plan. Bagi usahawan kecil yang berniaga di jalanan seperti jualan makanan atau pakaian, anda boleh memilih pakej Micro Merchant dimana anda tidak perlu mengemukakan lesen perniagaan untuk mendaftar. Pakej Micro Merchant membolehkan anda menerima pembayaran pelanggan menggunakan e-wallet seperti Boost & Touch n Go.

Bagi pemilik perniagaan yang mempunyai transaksi RM10,000 dan keatas sebulan, anda boleh melanggan pakej iMDR Ala Carte Pay Per Use dimana tiada caj dikenakan untuk membuka akaun ini. Dalam pakej ini, ia boleh menerima transaksi kad kredit dalam negara (2.5% + RM1), kad kredit antarabangsa (3.5% + RM1), transaksi FPX (2.5% + RM1) dan juga transaksi e-Wallet (1.5%). Pakej ini amat sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai laman e-commerce anda sendiri.

Bagi pemilik perniagaan yang mempunyai transaksi RM30,000 dan keatas sebulan, anda boleh melanggan iMDR SOHO PLAN dimana caj per transaksi yang dikenakan adalah lebih murah. Dalam pakej ini, anda boleh menerima transaksi kad kredit dalam negara (2.25% caj untuk setiap transaksi), kad kredit antarabangsa (3.25% caj untuk setiap transaksi), transaksi FPX (2.25% caj untuk setiap transaksi) dan juga transaksi e-Wallet (1.5%). Pendaftaran bagi pakej ini adalah RM500 dan yuran tahunan serendah RM200 dikenakan.

Untuk perniagaan yang lebih besar dan mempunyai transaksi RM1,000,000 dan keatas sebulan, anda boleh melanggan iMDR SME PLAN dimana caj per transaksi yang dikenakan adalah paling murah. Dalam pakej ini, anda boleh menerima transaksi kad kredit dalam negara (1.95% caj untuk setiap transaksi), kad kredit antarabangsa (2.65% caj untuk setiap transaksi), transaksi FPX (1.80% caj untuk setiap transaksi) dan juga transaksi e-Wallet (1.5%). Pendaftaran bagi pakej ini adalah RM2000 dan yuran tahunan serendah RM500 dikenakan.

Pembayaran ke akaun bank anda akan mengambil masa 2 hari bekerja sahaja. Ini bermakna, sekiranya anda menerima transaksi pada hari Isnin, duit tersebut akan dimasukkan ke akaun bank anda pada hari Rabu. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari https://payhalal.my/ 

Integrasi PayHalal dan E-Commerce

PayHalal boleh diintegrasikan dengan laman web e-commerce yang menggunakan sistem Add To Cart seperti Woocommerce dan lain-lain platform e-commerce. PayHalal juga boleh diintegrasikan dengan mobile apps, malahan boleh digunakan di kedai-kedai untuk bersama membantu dalam menaikkan industri halal. Untuk permulaan integrasi ini, PayHalal akan memberikan Sandbox Testing bagi menguji perjalanan pembelian. Sekiranya sandbox testing ini berjaya, anda boleh memberitahu PayHalal untuk menukarkan status Sandbox (testing) tersebut kepada Live. Dengan PayHalal, setiap transaksi anda adalah dijamin selamat, laju dan yang paling utama, tiada lagi masalah riba. Daftar sekarang di https://payhalal.my/ 

 

 

Pin It on Pinterest

Need Website Design or E-Commerce Development? Lets Chat!