fbpx

Billplz, SenangPay atau iPay88

Sekiranya kita memikirkan mengenai perkembangan website e-commerce atau lebih mudah dipanggil kedai online, kita tidak akan lari dari mengatakan mengenai pemilihan platform payment gateway. Payment Gateway merupakan satu platform untuk membolehkan interaksi antara website kita dengan bank-bank sama ada di Malaysia mahupun luar negara. Di Malaysia,kita mempunyai pelbagai pilihan payment gateway seperti ipay88, Billplz, Senangpay, e-GHL, MOLPay, Toyyib Pay, Raudhah Pay dan banyak lagi. Ipay88 dan MOLPay boleh dikatakan ‘pemain utama’ yang mendominasi pasaran e-commerce, namun, adakah payment gateway lain tidak sehebat mereka? Di sini kita akan kupas sedikit mengenai perbandingan antara mereka berdasarkan pengalaman yang kami ada :

iPay88 : Sesuai untuk Marketplace yang besar

iPay88 boleh dikatakan ‘pemain utama’ dan merupakan platform payment gateway yang stabil bagi pasaran Malaysia. Mereka mengenakan yuran setup sebanyak RM488. Untuk yuran yang dikenakan, bolehlah dikatakan ipay88 bukanlah pilihan payment gateway yang paling murah dan agak tidak sesuai untuk digunakan oleh website e-commerce yang berskala kecil. Akan tetapi, antara kelebihan iPay88 adalah ianya mudah untuk diintegrasikan dengan kebanyakan platform CMS seperti Woocommerce, Shopify, Opencart, PrestaShop dan Magento. Ipay88 juga boleh diintegrasikan dengan WordPress Gravity Form plugin. Ia mempunyai fungsi pembayaran berulang yang mana ianya sesuai untuk jenis pembayaran yang dikenakan bagi membership website.

Ipay88 mempunyai 2 plan utama iaitu SME Plan dan SOHO Plan. SOHO Plan sesuai digunakan untuk kebanyakan peniaga online sekiranya tidak mahu dikenakan maintenance fee(tahunan). Plan ini sesuai untuk mana-mana perniagaan yang mempunyai perolehan kurang dari RM4000 sebulan. Jika lebih RM4000 sebulan, anda digalakkan untuk menggunakan SME Plan.

SenangPay : Sesuai untuk Perniagaan E-Commerce Baru dengan Modal Lebih Kecil

Senangpay boleh dikatakan sebagai pemain baru bagi pasaran e-commerce di Malaysia. Secara jujurnya, kami selalu menggunakan Senangpay bagi klien-klien kami kerana ianya stabil, murah dan mampu membuat transaksi sama ada melalui local bank/FPX mahupun transaksi kad kredit. Berdasarkan penglaman kami, proses pendaftaran bagi SenangPay adalah sangat mudah berbanding Ipay88. Kita boleh menggunakan akaun Senangpay 2-3 hari selepas mendaftar, manakala untuk mengaktifkan credit card payment akan mengambil masa 14 hari bekerja. Cas yang dikenakan bagi setiap transaksi juga adalah lebih murah iaitu 1.5% bagi setiap transaksi FPX (Maybank, CIMB dan lain-lain) dan 2.5% bagi setiap transaksi melalui credit card jika dibandingkan dengan Ipay88 sebanyak 4%. Sebagai contoh, sekiranya customer membeli produk kita berharga RM100 menggunakan FPX, Senangpay akan ambil RM1.50 sebagai cas transaksi dan bank in ke syarikat anda sebanyak RM98.50. Sama seperti Ipay88, Senangpay juga boleh dintegrasikan dengan kebanyakan CMS Platform seperti WordPress Woocommerce, WordPress Gravity Form dan Opencart. SenangPay juga mempunyai fungsi pembayaran berulang (recurring payment) sama seperti Ipay88. SenangPay akan bank in ke akaun anda setiap Rabu dan Jumaat (2 kali seminggu).

Senangpay mempunyai 3 plan utama (bayaran tahunan) iaitu Basic Plan (RM300), Advanced (RM450) dan Special Plan (RM1500). Bagi website e-commerce biasa, anda boleh subscribe menggunakan Basic Plan mereka pada harga RM300 setahun, dimana ia sudah termasuk untuk fungsi pembelian bagi customer menggunakan FPX (local bank) dan juga kad kredit. Sekiranya anda inginkan fungsi recurring payment (transaksi berulang), contohnya, website anda memerlukan pelanggan untuk melanggan produk anda (bayaran secara bulanan atau bayaran tahunan menggunakan kad kredit), anda boleh subscribe Advanced Package mereka pada harga RM450 setahun. Mereka juga mempunyai pakej Special Plan pada harga RM1500 setahun dimana mereka hanya caj 1.8% dari transaksi kad kredit pelanggan.

Untuk mendaftar dengan SenangPay, anda perlu memberikan beberapa informasi mengenai perniagaan e-commerce anda seperti:

  • email perniagaan anda
  • nombor telefon
  • nama pernigaan beserta nombor SSM perniagaan anda
  • link kepada media sosial perniagaan anda sekiranya ada (twitter atau facebook atau instagram)
  • URL website anda (pastikan untuk memasukkan http:// atau https://)
  • nama bank perniagaan anda beserta nombor akaun perniagaan anda
  • tahun perniagaan anda bermula beserta monthly revenue perniagaan anda

BillPlz : Pilihan untuk Start-Up E-Commerce

Ini antara Payment Gateway Malaysia yang selalu menjadi pilihan kami untuk klien yang mempunyai kedai online yang berskala kecil. Bukan sahaja cas yang dikenakan kepada merchant adalah sangat rendah iaitu hanya RM1.50 untuk setiap transaksi (Basic Package), malah proses pendaftarannya adalah agak mudah. Apa yang mereka perlukan hanyalah nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, email, MyKad nama syarikat, nombor bank syarikat dan bank account statement header.

Akan tetapi, sekiranya anda ingin mempunyai fungsi pembelian secara kad kredit di web anda, anda perlu sign up dengan Standard Plan mereka, dimana anda perlu membayar RM150 sebulan. Ia membuatkan SenangPay lebih kelihatan berbaloi, namun, untuk Standard Package BillPlz ini, caj transaksi bagi FPX hanyalah RM1.

Stripe : Suitable for Malaysian and International Market

Stripe merupakan payment gateway dari Amerika Syarikat dimana mempunyai integrasi dengan kebanyakan bank-bank di Malaysia. Caj yang dikenakan oleh Stripe adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan caj yang dikenakan oleh Paypal. Berdasarkan pengalaman kami, kami memilih Stripe untuk mana-mana platform e-commerce yang memfokuskan jualan dalam Malaysia dan pasaran global.

Stripe mengenakan caj 3% + RM1 pada setiap transaksi sama ada menggunakan bank-bank tempatan (FPX) dan juga kredit kad. Stripe juga menyokong  fungsi multi currency dimana kita boleh menerima transaksi dari pelbagai mawang seperti USD dan EURO.

Untuk mendaftar dengan Stripe, anda perlu memberikan beberapa informasi mengenai perniagaan e-commerce anda seperti:

  • email perniagaan anda
  • nombor telefon
  • nama pernigaan beserta nombor SSM perniagaan anda
  • link kepada media sosial perniagaan anda sekiranya ada (twitter atau facebook atau instagram)
  • URL website anda (pastikan untuk memasukkan http:// atau https://)
  • nama bank perniagaan anda beserta nombor akaun perniagaan anda
  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest

Need Website Design or E-Commerce Development? Lets Chat!