Mengenai Willkey
Apa dia WillKey?
Apakah penyelesian yang ditawarkan oleh WillKey?
WillKeyTM merupakan sebuah pejabat pendaftaran yang menyimpan maklumat mengenai Wasiat dan ini memudahkan waris kadim atau wasi membuat carian dan mengenalpasti di mana Wasiat itu tersimpan. Tidak ada pejabat pendaftaran Wasiat serba lengkap di Malaysia. Maklumat mengenainya ada tersimpan di merata-rata tempat oleh beberapa pihak. WillKeyTM menyediakan Pejabat Pendaftaran berpusat yang beroperasi di seluruh negara di mana maklumat mengenai Wasiat ada tersimpan, dan boleh dimanfaatkan apabila waris kadim ingin mengakses Wasiat tersebut.
Apakah perbezaan antara WillKey dan Rockwills, Amanaah Raya Berhad atau mana-mana pihak lain yang mengendalikan perkhidmatan penulisan wasiat?
WillKeyTM merupakan sebuah pejabat pendaftaran yang menyimpan maklumat mengenai Wasiat; ianya tidak menawarkan perkhidmatan penulisan Wasiat, pentadbiran amanah atau perancangan estet. Kami merupakan pelengkap kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Siapakah audiens sasaran WillKey?
Kami ingin menyediakan perkhidmatan kepada semua penduduk Malaysia – para pewasiat yang membuat Wasiat tetapi belum lagi menyimpannya dengan sempurna; para peguam yang bertindak sebagai wasi utama bagi Wasiat seseorang si mati; pihak-pihak yang menawarkan perkhidmatan penulisan Wasiat, orang-orang yang terlibat dengan hal-hal amanah dan pentadbiran estet dan juga masyarakat umum.
Kami percaya bahawa adalah amat berguna bagi sesiapa sahaja di Malaysia untuk mengetahui bahawa kini terdapat sebuah pejabat pendaftaran berpusat yang boleh mereka manfaatkan, seperti WillKey yang boleh membantu mereka mengenal pasti di mana tersimpannya Wasiat seseorang si mati, atau untuk mendaftarkan Wasiat mereka sendiri. Kami juga ingin menawarkan perkhidmatan kami kepada rakan-rakan niaga kami iaitu para peguam yang menyediakan Wasiat, pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan penulisan Wasiat, pentadbiran amanah dan estet – untuk melengkapkan perniagaan mereka dan memudahkan tugas mereka sebagai wasi bagi Wasiat untuk mengenal pasti dan mencari Wasiat di tempat yang sepatutnya.
Apakah bentuk kemudahan penyimpanan WillKey?Berapa besarkah keupayaan penyimpanan?
Ianya merupakan rahsia yang dikawal rapi dan hanya boleh diakses, melalui saringan biometrik, oleh kakitangan berpangkat tinggi sahaja. Selain dari langkah keselamatan tersebut, ianya juga dilengkapi dengan sistem pemantauan persekitaran yang disepadukan dengan sistem pencegahan kebakaran. Ianya mempunyai kapasiti yang boleh menyimpan berjuta-juta Wasiat.
Apakah WillKey ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia?
Tidak, kami dimiliki oleh entiti persendirian.
Apakah WillKey hanya beroperasi di Kuala Lumpur?
Pendaftaran dan penyimpanan WillKeyTM tersedia di seluruh Malaysia
Adakah WillKey berupaya mengenal pasti Wasiat yang ditulis oleh si mati warganegara Malaysia di negara lain?
Ya, jika simati mendaftarkan lokasinya dengan WillKeyTM.
Produk dan Perkhidmatan WillKey
Bagaimana saya boleh mendaftarkan Wasiat saya dengan WillKey?
Anda boleh mendaftarkan Wasiat anda secara terus melalui laman sesawang WillKey kami atau melalui mana-mana wakil kami.
Berapa lamakah saya boleh menyimpan Wasiat saya di WillKey?
Untuk selama mana yang anda ingini.
Adakah WillKey menerima pendaftaran oleh warganegara Malaysia yang tidak bermastautin di Malaysia?
Ya
Berapa harga terpaksa dibayar untuk menyimpan Wasiat mereka di WillKey?
Terdapat beberapa jenis pengaturan penyimpanan pada harga mulai dari RM3.33/sebulan.
Adakah WillKey menyimpan salinan asal Wasiat?
Ya, jika anda menyimpannya dengan kami.
Adakah Wasiat disimpan dalam bentuk salinan cetak?
Ya, tetapi ianya juga disimpan dalam bentuk salinan digital sebagai salinan gantian.
Bolehkah saya menyimpan Wasiat untuk seluruh keluarga saya di bawah satu nama keluarga atau adakah ianya terpaksa disimpan secara berasingan?
Disimpan secara berasingan demi menjaga privasi bagi setiap ahli keluarga
Jika saya ingin mencari Wasiat yang ada disimpandi Rockwills atau Amanah Raya Berhad, bolehkah saya mencarinya melalui WillKey?
WillKeyTM boleh membantu dalam mencari sesuatu Wasiat yang ada tersimpan di mana sahaja di kalangan rakan-rakan niaga berdaftar kami. Sila berhubung dengan kami untuk maklumat lanjut
Bagaimanakah saya boleh mengakses Wasiat seseorang si mati dalam WillKey?
Sila kemukakan permintaan untuk carian dan kami akan beritahu sama ada sesuatu Wasiat itu wujud. Selepas itu, tunjukkan bukti bahawa anda ialah salah seorang dari benefisiari atau waris kadim dan setelah membuat sedikit bayaran anda akan dapat mengakses Wasiat tersebut.
Bukankah Rockwills atau Amanah Raya sudah memadai untuk saya menyimpan Wasiat saya? Adakah saya membuat kerja bertindih jika saya mendaftarkan Wasiat saya dengan Rockwills atau Amanah Raya dan serta juga dengan WillKey?
Kami ialah pejabat pendaftaran berpusat yang melengkapi perkhidmatan yang disediakan oleh Rockwills dan Amanah Raya.
Apa terjadi sekiranya WillKey gagal mencari Wasiat seseorang si mati?
Ianya disebabkan oleh sama ada si mati tidak mendaftarkan Wasit beliau atau si mati tidak membuat apa-apa Wasiat.
Berapa lamakah saya terpaksa menunggu sebelum keputusan carian dapat diperolehi?
Kami selalunya berupaya memberikan hasil carian dalam masa 24 jam kecuali dalam kes-kes di luar jangka.
Bagaimanakah hasil carian dimaklumkan kepada saya?
Melalui e-mel atau pos sebaik sahaja kami berpuas hati dengan bukti identifikasi yang dikemukakan.
Dapatkah WillKey mengesan Wasiat yang tidak didaftarkan dengan WillKey iaitu yang disimpan oleh ahli keluarga, pemegang amanah?
Tidak.
Bagaimanakah saya dapat pastikan bahawa Wasiat saya adalah selamat dan dilindungi melalui WillKey?
Kami telah mengambil beberapa langkah bagi mempastikan Wasiat anda terselamat bukan sahaja dari diakses oleh orang ramai bahkan juga dari akses dalaman.
Sekiranya Wasiat saya berada dalam simpanan peguam saya dan saya ingin menyimpannya hanya dengan WillKey, apa yang perlu saya lakukan?
Anda perlu mengambil Wasiat tersebut dari peguam anda dan seterusnya menyimpannya dengan WillKeyTM. Sila layari laman sesawang WillKeyTM untuk tujuan tersebut.
Bolehkah saya membuat carian Wasiat melalui laman sesawang WillKey atau saya terpaksa hadir di pejabat anda?
Anda boleh melakukannya melalui laman sesawang kami atau dengan hadir di pejabat kami.
Sekiranya saya bermastautin di luar Malaysia tetapi ingin membuat carian terhadap sesuatu Wasiat di Malaysia, bolehkan WillKey membantu saya?
Ya, anda hanya perlu layari laman sesawang kami iaitu www.mywillkey.com
Bagaimanakah saya boleh mempastikan bahawa seseorang yang tidak diberi kuasa untuk melaksanakan Wasiat saya tidak akan dapat mengakses Wasiat saya?
Hanya benefisiari atau wakil sah bagi sesuatu Wasiat dibenarkan untuk mencari dan mengambil Wasiat seseorang si mati. Sekiranya terdapat wasi yang dinamakan bagi sesuatu Wasiat (umpamanya firma guaman, bank, Amanah Raya atau Rockwills), benefisiari yang ingin membuat carian akan dirujuk kepada pihak tersebut untuk mendapatkan Wasiat berkenaan dan memulakan proses tuntutan. WillKeyTM memerlukan supaya beberapa dokumen tertentu dikemukakan sebelum membenarkan carian sesuatu Wasiat (umpamanya sijil kematian). Dengan cara ini, WillKeyTM mempastikan bahawa hanya pihak-pihak yang diberi kuasa sahaja boleh mencari sesuatu Wasiat.
Apa akan terjadi sekiranya saya telah mengemaskinikan Wasiat saya dan perlu mengemaskinikan Wasiat yang disimpan dengan WillKey?
Sila berhubung terus dengan WillKeyTM sekiranya anda ingin mengemaskinikan Wasiat anda.
WillKey untuk Rakan Niaga dan Pihak Berkepentingan
Bagaimanakah saya boleh menyerahsimpan Wasiat klien saya sebagai peguam yang mewakili mereka?
Apakah manfaat yang bakal dinikmati oleh perniagaan saya sekiranya saya menjadi rakan niaga WillKey?
- Anda tidak perlu menyediakan ruang untuk menyimpan Wasiat anda.
- Tugas memohon geran probet diberikan kepada pihak yang menyediakan Wasiat
Adakah WilKey bertujuan untuk menggantikan Rockwills atau Amanah Raya?
Tidak, kami melengkapi perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Adakah WillKey mengenakan caj nominal untuk pemilik-pemilik perniagaan mendaftarkan dengan WillKey dan berapakah cajnya?
Sila hubungi kami untuk maklumat mengenai senarai harga khas bagi klien bernilai tinggi.
Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan perniagaan saya dengan WillKey dan berapakah caj yang dikenakan?
Sila hubungi kami untuk maklumat mengenai senarai harga khas bagi klien bernilai tinggi.