Pusat Pendaftaran dan Perkhidmatan Penyimpanan Wasiat Terulung di Malaysia
Selamat | Boleh Dipercayai | CekapWillkey adalah tempat pendaftaran Wasiat yang pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan tempat pendaftaran berpusat di mana anda boleh mendaftarkan Wasiat anda, serta menyimpannya agar Wasiat anda dengan mudah dapat ditemui di mana ianya tersimpan. Willkey menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengurusan proses penjagaan Wasiat dengan berkesan, dan memastikan agar benefisiari-benefisiari anda dapat mengakses Wasiat dan Testamen Terakhir anda selancar mungkin.
WillKey mempunyai bilik kebal yang kukuh dan selamat digunakan serta dilengkapi dengan peralatan mencegah kebakaran yang menggunakan teknologi keselamatan terkini. WillKey mengumpulkan seberapa banyak maklumat bagi membolehkan pewasiat, wasi dan benefisiari mempermudah dan mempercepatkan proses mencari dan menemui sesuatu Wasiat.
Ketenangan Jiwa
Mencari sesuatu Wasiat bagi membolehkan pelaksanaan dan agihan kekayaan yang betul adalah suatu tugas yang memakan masa dan memeningkan kepala, terutama sekali apabila tempat di mana Wasiat disimpan tidak direkodkan dengan sempurna. Willkey, tempat pendaftaran Wasiat yang pertama di Malaysia, menyediakan tempat pendaftaran berpusat di mana pewasiat boleh mendaftar dan menyimpan Wasiat mereka. WillKey memastikan agar Wasiat didaftar dan disimpan dengan selamat agar kemahuan pewasiat dapat dilaksanakan dengan betul.
Binaan Khas
Dengan adanya model perniagaan yang direka khas yang merangkumi pendaftaran, penyimpanan dan carian Wasiat sahaja, WillKey berfungsi sebagai pusat bagi perkhidmatan carian dan penjagaan Wasiat yang berkesan. Dan, dengan adanya bilik kebal yang kukuh dan selamat digunakan serta dilengkapi dengan peralatan mencegah kebakaran yang menggunakan teknologi keselamatan terkini, WillKey mengumpulkan seberapa banyak maklumat bagi membolehkan pewasiat, wasi dan benefisiari mempermudah dan mempercepatkan proses mencari dan mengeluarkan sesuatu Wasiat.
Mampu Milik
Bayaran yang dikenakan oleh WillKey telah ditetapkan dengan mengambil kira keupayaan kewangan anda. Hanya dengan sedikit pelaburan, Wasiat anda dapat diperolehi apabila diperlukan kerana ianya dapat dikeluarkan dari tempat yang selamat dan terjamin.