Penghantaran Biasa & Penghantaran Hari Ini
Penghantaran ke seluruh SelangorPembekal Durian Online #1 di Malaysia.
Tempahan Pre Order
- Untuk pre order, kami akan mengambil masa seminggu untuk memastikan bekalan durian sampai ke rumah anda.
- Sekiranya durian yang telah ditempah masih tiada stok, kami akan menghubungi anda untuk pertukaran durian yang sedia ada ataupun menunggu sehingga stok ada (tambahan seminggu).
- Sekiranya tidak bersetuju dengan pertukaran durian yang dicadangkan, full refund akan dikembalikan.
Kawasan dan cas Penghantaran
- Penghantaran durian merangkumi seluruh kawasan Klang Valley dengan bayaran cas penghantaran yang minima.
- Pengiraan penghantaran dibuat mengikut jarak (kilometer) dari lokasi kedai kami (berhadapan Shell TTDI).
- Penghantaran durian hanya dibuat sehingga 40KM dari lokasi kedai kami (berhadapan Shell TTDI).
- Caj penghantaran adalah RM12 bagi setiap 10KM. Masukkan alamat dan poskod yang betul di cart @ checkout page dan pengiraan akan dilakukan secara automatik.
Cara Tempahan & Bayaran
- Untuk menempah, scroll ke bahagian bawah untuk melihat jenis-jenis durian yang ada. Click add to cart.
- Anda boleh mengemaskini cart anda di cart page kami. Anda juga boleh mengemaskini alamat anda di cart page.
- Kemudian, proceed to checkout. Isikan detail anda. Pastikan detail yang anda isi adalah tepat untuk mengelakkan kesulitan ketika proses penghantaran.
- Kemudian, click pada bayar sekarang. Anda akan dibawa ke page payment gateway dimana anda boleh memilih untuk membayar menggunakan kredit kad, touch n go atau local bank seperti Maybank2U atau CIMBClicks.
Aduan Buah Rosak & Refund
Di The Durian Guy, kami sentiasa berusaha untuk menjaga kualiti buah-buahan yang kami bekalkan kepada anda pada tahap yang terbaik, bermula dengan pemilihan ladang terbaik, buah terbaik, cara penyediaan terbaik, penghantaran terbaik.
Akan tetapi sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada buah-buahan yang anda terima, polisi kami adalah REFUND.
Berikut adalah cara refund :
- Isikan borang aduan kerosakan di sini.
- Ambil gambar buah yang rosak dan upload ke dalam borang.
- Anggaran kerosakan dinilai berdasarkan gambar yang diberi sahaja.
- Sebagai contoh jika buah yang rosak 20%, berikan kami nilai 20% tersebut
- Kami akan bank in refund anda tersebut.
- Sekiranya tidak berpuas hati dan ingin pengembalian penuh ( full refund ), anda perlu membawa semula buah yang rosak tersebut ke kedai kami.
- Proses refund selepas 2 hari penghantaran tidak akan diterima.