Penapis Udara COWAY – Lombok 3
Penapis udara bersifat revolusi dengan meningkatkan kecerdasan ke tahap yang sama sekali baru.
Anda di luar sana pasti pernah mengalami gatal-gatal badan atau tilam anda terasa berhabuk bila anda baring di atasnya. Jika ya, itu bermakna tilam anda sudah patut di servis atau dalam erti kata lain di cuci. Tilam yang jarang di servis akan menyebabkan anda mengalami gatal-gatal mata, asma, alergik dan pelbagai lagi. Apa yang lagi merisaukan apabila anak anda mengadu badan mereka gatal akibat terkena jangkitan hama dan bakteria. Jadi untuk mengelakkan anda mengalami ke semua gejala itu, anda perlulah servis tilam anda. Sebaiknya anda perlu servis tilam anda setiap 4 bulan sekali. Namun, proses cuci tilam ini tidak sama dengan mencuci kain. Kami ada cara yang tersendiri untuk mencuci tilam. Jadi kami ingin kongsikan dengan anda 7 langkah servis tilam Coway.
1. Mengukur Tahap Debu
Sebelum kami melakukan proses servis atau mencuci, kami akan mengukur dahulu tahap debu yang terdapat pada tilam tersebut dengan menggunakan kertas penapis dan mikroskop. Ia untuk memudahkan kami mengenal pasti tahap debu atau kekotoran yang terdapat pada tilam tersebut.
2. Membersihkan Rangka Katil
Selepas mengukur tahap debu, kami akan mengeluarkan tilam dari rangka katil dan mulakan proses pembersihan dengan vakum debu yang terdapat di rangka katil dengan menggunakan berus vakum khas. Ia bertujuan untuk mengelakkan tilam yang telah di servis dari terkena debu dan hama yang terdapat pada rangka katil.
3. Mengelap Bingkai Katil
Seterusnya, kami akan mula mengelap di sekeliling bingkai katil dengan menggunakan kain atau tisu yang basah. Ia supaya tidak ada lagi kesan-kesan debu atau hama yang tertinggal di sekeliling bingkai katil.
4. Membersihkan Bahagian Sisi Tilam
Selepas selesai membersihkan bingkai katil, kini tiba masanya untuk mencuci tilam pula. Ia dimulakan dengan memvakum segala habuk serta hama yang terdapat di sekeliling sisi tilam dengan menggunakan berus sisi.
5. Melakukan Proses Pembersihan Tilam.
Proses yang seterusnya ialah dengan membersihkan seluruh permukaan tilam di bahagian depan dan belakang dari habuk dan segala kotoran dengan menggunakan kuasa sedutan vakum yang kuat dan dilengkapi dengan penapis HEPA yang terdapat pada vakum tersebut.
6. Melakukan Semburan Penghapus Debu Dan Hama.
Setelah melakukan segala proses vakum, proses semburan penghapus debu dan hama pula dilakukan. Kebiasaannya semburan ini kami akan lakukan di permukaan depan serta permukaan belakang tilam. Ia bertujuan supaya debu serta hama tidak dapat membiak di tilam anda supaya anda dapat berbaring di tilam anda dalam keadaan yang selesa.
7. Melakukan Proses Pensterilan UV
Setelah ke semua proses di atas dilakukan, kini tiba masa untuk melakukan proses yang terakhir iaitu proses pensterilan UV. Untuk menghalang lagi pertumbuhan bakteria di tilam anda, kami akan mentesrilankan tilam anda dengan menggunakan lampu UV khas. Ia untuk memastikan tilam anda tidak terdapat sebarang kuman dan memastikan tilam anda dalam keadaan bersih.
Dengan kepakaran para pekerja Coway beserta peralatan canggih yang digunakan, anda tidak perlu risaukan lagi tentang tilam anda. Kini anda sudah boleh menggunakan tilam anda dengan selesa tanpa bimbang lagi tentang sebarang penyakit dan yang paling menyeronokkan ialah tilam anda kelihatan seperti baru dibeli walaupun sudah setahun anda menggunakannya. Demi untuk memastikan keselesaan anda sekeluarga, anda perlu sentiasa memastikan tilam anda diservis terutamanya oleh mereka yang pakar seperti Coway.