fbpx

Apa itu Responsive Website?

Bila kita berkata mengenai pembangunan laman web, banyak perkara yang harus difikirkan. Ada sesetengah daripada kita menganggap bahawa design website ini sama seperti kita design flyers ataupun design t-shirt dimana sekiranya design telah siap, ianya sudah boleh digunakan. Dalam mereka bentuk laman web, antara perkara utama yang perlu difikirkan adalah dari sudut copywriting, fungsi-fungsi website, carian search engine dan bagaimana rupa bentuk website jika dibuka di mobile phone dan tab.

Dalam bahasa ringkas, responsive web design ini adalah dimana rekaan yang dicipta itu adalah mengikut standard paparan di mana-mana devices seperti Desktop, mobile phone dan tab. Sebagai contoh, sekiranya anda masuk ke laman web Facebook, anda pasti perasan perbezaan struktur website adalah berbeza bagi paparan desktop dan mobile. Kemudian, cuba anda buka di tab, struktur website tersebut juga berubah. Inilah yang dikatakan sebagai responsive website.

Untuk membolehkan laman web kita responsive, kita memerlukan kepakaran dalam membaca CSS code. Setiap web designer dan web programmer pasti tahu akan CSS code ini. CSS adalah Cascading Style Sheets dimana penekanan diberikan pada “style”.  Dalam masa HTML digunakan dalam mengstruktur dokumen laman web seperti paragraf, gambar, video dan lain-lain media, CSS pula digunakan untuk mencantikkan laman web seperti layout, font yang digunakan, warna dan sebagainya. Dalam bahasa ringkasnya, kita boleh menganggap bahawa HTML adalah asas dalam pembinaan rumah (foundation) dan CSS pula boleh dianggap sebagai pilihan aestetik untuk mencantikkan rumah.

Sebagai kesimpulan, sekiranya anda sudah bersedia untuk mencari seorang website designer untuk projek anda, pastikan anda mengetahui terlebih dahulu sejauh mana keupayaan mereka dalam pengetahuan CSS ini. 

 

 

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest

Need Website Design or E-Commerce Development? Lets Chat!