Contents
Hello dari ICEINK. Dalam blog kali ini, kami ingin kongsikan bersama anda mengenai perbezaan antara 2 WordPress Page Builder yang hebat, iaitu Divi Builder vs Elementor. Secara general, kedua-dua page builder ini adalah mudah digunakan dan boleh diintegrasikan dengan plugin WordPress yang lain seperti Woocommerce (plugin untuk membina laman web e-commerce. Kami mempunyai pengalaman dalam menggunakan kedua-dua page builder untuk client kami. Maka, page builder mana yang lebih sesuai digunakan?
Divi Builder vs Elementor
Dalam membangunkan lamam web WordPress, pertama sekali kita perlu faham apa yang kita ingin bangunakan, sama ada adakah ianya simple web page atau bersifat kompleks (perlu integrate dengan banyak plugin lain). Ada beberapa elemen yang membuatkan Divi Builder itu berbeza dengan pesaing terapatnya, Elementor.
1. Pendekatan Divi Builder adalah lebih mudah
Berdasarkan pengalaman kami, Divi builder adalah lebih mudah digunakan. Sekiranya anda adalah designer yang sering menggunakaan Adobe Photoshop, pendekatan Divi Builder ini adalah lebih kurang sama (layer by layer approach). Ianya dibahagikan kepada Section (fullwidth atau boxed), Row (boleh membina column) dan module. Anda hanya perlu drag and drop kesemua item untuk membina deisgn yang anda inginkan. Kami suka menggunakan Divi builder kerana ianya memudahkan klien kami untuk menyelenggara website mereka sendiri. Divi builder ini sangat straight forward dimana kita boleh mula design halaman kita secara terus pada page editor.
Kita juga boleh terus mengubah design pada frontend (tidak perlu lagi masuk ke wordpress dashboard untuk mengubah design). Fungsi ini sangat berguna kerana kadang-kala, kita cuma perlu mengubah sedikit CSS (sebagai contoh, untuk adjust sedikit padding dan margin). Dengan Divi builder, anda boleh terus ubahnya di frontend dan terus melihat hasilnya.
2. Speed dan SEO Friendly
Kelajuan website untuk load data adalah antara elemen penting dalam menaikkan ranking SEO. Divi builder mempunyai fungsi untuk menambah baik performance website anda seperti Defer Gutenberg Block CSS, removes unused Javascript, defer jQuery dan jQuery Migrate, enqueue jQuery compability script dan banyak lagi. Fungsi-fungsi ini boleh menambah baik performance website anda dan menambah baik ranking SEO website anda.
Untuk membuat fungsi Advance SEO, kami syorkan untuk menggunakan plugin RankMath SEO Pro. Tambahan pula, Divi Builder sangat compatible dengan plugin Rankmath SEO ini. Ini sangat membantu kami dalam menjaga performance SEO klien-klien kami.
3. Harga Yang Berbaloi
Terdapat kos dalam membangunkan laman web. Dengan Divi Lifetime license (USD249 lifetime),kita boleh membina banyak website hanya menggunakan satu lesen sahaja. Kami menggunakan lesen ini untuk digunakan kepada kebanyakan klien-klien kami. Seperti yang dikatakan sebelum ini, kita boleh mencipta pelbagai jenis design dengan Divi builder ini (hanya perlu drag and drop). Jika anda ingin mencuba Divi builder ini terlebih dahulu, anda boleh melanggan lesen tahunan mereka : yearly subscription for USD89. Sekiranya terdapat masalah, team mereka akan membalas masalah anda dengan cepat.
4. Cipta atau design Woocommerce Layout sendiri
Sekiranya anda biasa menggunakan plugin Woocommerce, anda pasti sudah biasa dengan layout Woocommerce ini. Anda boleh mengubah layout Woocommerce ini mengikut kehendak anda, namun anda perlu memahami serba sedikit mengenai PHP language dan CSS. Dengan menggunakan Divi builder, anda tidak perlu lagi bimbang kerana anda boleh mengubah layout Woocommerce ini dengan hanya drag and drop! Bukan itu sahaja, anda juga boleh redesign cart page dan checkout page menggunakan Divi Builder.
5. Menyimpan dan menyalin Templates
Divi builder juga mempunyai fungsi untuk menyalin dan menyimpan layout yang telah anda bina ke Divi library. Ini bermakna, anda boleh menggunakannya semula kepada page atau post baru menggunakan layout yang telah anda salin tadi. Ini akan melajukan proses pembinaan laman web. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencipta header dan footer anda sendiri menggunakan Divi builder (seperti biasa, cuma drag and drop). Ianya akan menggantikan default footer dan header yang disediakan oleh Divi builder (pre-made).
6. Divi Marketplace
Kemungkinan anda ingin lebih features dalam website anda. Divi juga mempunyai marketpalce yang besar dimana ia mengumpulkan contributor dari seluruh dunia dalam menyediakan Divi Add-on untuk kegunaan ramai orang. Sebagai contoh, anda inginkan fungsi mega menu yang lebih cantik (by default, Divi sudah mempunyai fungsi mega menu), anda boleh mencarinya di Divi marketplace tanpa perlu lagi untuk anda develop fungsi tersebut dari scratch.
Secara keseluruhannya, kami amat mengesyorkan Divi builder ini kepada para designer atau sesiapa sahaja (newbie) dalam pembinaan laman web. Dapatkannya sekarang.
ICEINK, YOUR WEB DESIGN JB & DEVELOPMENT PARTNER.
At ICEINK, we take care your website from emails, databases, web file, design, search engine optimization (SEO), payment gateways integration and many thing related to website design & development.
We are based in Johor Bahru (Malaysia). Got business ideas and want to transform your ideas into website? Contact Us Now and let’s schedule physicals or online meeting (Zoom & Google Meet).