Januari 11, 2022 Enrique Iceglesias

Berapa lamakah SEO Mengambil Masa?

Contents

Dalam pembinaan laman web, antara perkara yang perlu diambil penekanan adalah dari sudut sejauh mana Google meletakkan ranking laman web di enjin carian mereka (secara organik)? Dalam pengalaman kami, ramai pelanggan kami bertanya soalan tentang mengapa laman web mereka tidak dijumpai di carian Google, sedangkan laman web mereka baru sahaja launch semalam? Secara teorinya, Google mengambil masa 4 ke 6 bulan untuk mereka meletakkan ranking laman web anda di kedudukan lebih baik (SEO) selepas launching laman web anda. Mungkin ada antara anda yang agak kecewa dengan berita ini, akan tetapi itulah timeline yang diletakkan oleh Google sendiri. Untuk mendapatkan result yang lebih cepat di Google dan anda mempunyai bajet, kami menyarankan anda untuk menggunakan Google Ads (pengiklanan berbayar di Google).

Cara SEO Baru vs Cara SEO Lama

Satu ketika dahulu, strategi yang digunakan untuk Search Engine Optimization (SEO) ini adalah dengan meletakkan keyword-keyword penting yang berkaitan perniagaan anda, dan ketika itu perniagaan online tidaklah begitu kompetatif. Anda hanya perlu meletakkan 5 ke 10 keyword penting untuk mendapatkan trafik ke laman web anda.

Search Engine Optimization pada hari ini lebih bergantung kepada carian secara natural dimana pengguna mencari menggunakan soalan biasa berbanding mencari menggunakan keyword-keyword tertentu. Ini terjadi kerana pengguna pada hari ini banyak menggunakan tools tertentu seperti Siri dan Google Now dimana mereka hanya perlu bercakap, berbanding menaip sesuatu di Google. Ini juga terjadi kerana pengguna hari ini meletakkan carian yang lebih spesifik untuk mendapatkan maklumat lebih cepat. Oleh itu, kita hendaklah fokus kepada carian ‘natural language’ berbanding fokus dengan keyword semata-mata.

Maka, Berapa Lamakah Masa Yang Perlu Diambil Untuk Melihat Hasil SEO?

Sebenarnya, jawapan yang paling selamat adalah, bergantung. Kecewa bukan? Tapi itulah kebenarannya. Ia sangat bergantung berapa lama laman web anda telah berada, berapa banyak SEO yang telah dibuat sebelum ini, berapa banyak content laman web anda ada, kualiti content laman web anda dan banyak lagi faktor lain. So, mari kita kupas satu per satu (mengikut bulan) tentang bagaimana ianya berfungsi :

Bulan Pertama  – Google akan mula membuat kajian dan penemuan dan anda mula melakukan audit laman web dan planning.

Bulan Kedua – Memulakan kerja-kerja teknikal SEO, seperti memodifikasi laman web mengikut hasil audit. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ada laman web yang memerlukan perubahan yang lebih drastik dan kadang kala memerlukan beberapa bulan. Antara aktiviti lain yang diperlukan pada waktu ini adalah membina content-content yang boleh membantu menaikkan SEO laman web.

Bulan Ketiga – Anda boleh mula membina content dengan lebih serius. Antara content yang memainkan peranan penting adalah seperti Blogging, F.A.Q, artikel, informasi syarikat da banyak lagi. Secara ideanya, pelan ini boleh dilakukan awal, tetapi biasanya bajet akan menjadi penghalang, maka kita harus fokus pada pengubahsuaian teknikal terlebih dahulu. Dan sekiranya semua berjalan baik, laman web anda akan mula mendapat improvement dari sudut ranking Google pada akhir bulan ini.

Bulan Keempat – Anda dikehendaki untuk terus mencipta content, memperbetulkan teknikal laman web dan mula membuat pembersihan terhadap link-link yang berkualiti rendah. Pada bulan ini, anda seharusnya melihat peningkatan dari sudut ranking, trafik masuk kedalam laman web dan mula mencipta lead. Ini cumalah permulaan kepada konsep Search Engine Optimization dimana anda mula mendapat hasil awal.

Bulan Kelima – pada fasa ini, anda seharusnya telah mula menggabungkan sosial media perniagaan anda dengan laman web untuk memperkuat content yang anda bina dan menambah trafik ke dalam laman web anda. Dalam waktu ini, anda akan dapat melihat performance SEO anda akan mula meningkat naik.

Bulan Keenam – Sekiranya trafik masuk kedalam laman web anda meningkat sehingga 5,000 visitor sebulan, anda berpeluang untuk menambah baik conversion rate dan kebarangkalian untuk anda convert trafik tersebut menjadi sales. Pada waktu ini juga, kerja penambahbaikan SEO tidak harus berhenti disini, dan anda seharusnya terus menambah baik SEO dari semasa ke semasa.

Maka, kebanyakan syarikat SEO akan mengatakan bahawa ianya memerlukan 4 ke 6 bulan untuk melihat hasil yang terbaik. Ini adalah satu angka yang tepat, akan tetapi anda perlu ingat, ianya adalah waktu dimana anda mula mendapat result, dan result ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Secara kasarnya, segala hasil yang anda lihat pada 6 bulan pertama ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan 12 bulan akan datang (hasil SEO akan meningkat dari semasa ke semasa).

"In the information age, build a website before you build a workplace."

Amit Kalantri

ICEINK, YOUR WEBSITE DESIGN & DEVELOPMENT PARTNER.

Di ICEINK, kami menjaga laman web anda termasuklah database, email, fail web, design, SEO, payment gateway dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan laman web.

Hubungi kami sekiranya anda mempunyai idea perniagaan untuk diterjemahkan dalam bentuk online dan laman web. (juga boleh bertemu dalam Zoom Meeting / Google Meet untuk lebih mudah dan cepat).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Contents

LET’S WORK TOGETHER

Let’s find out how to work together and create something valuable websites

Need Help? Chat with us