Januari 11, 2022 Enrique Iceglesias

Kelebihan domain .COM.MY berbanding .COM

Contents

Jika anda mempunyai blog ataupun laman web perniagaan, nama domain akan menjadi suatu prioriti sebelum anda mula membuat marketing dan sebagainya. Ini kerana, di Internet, nama domain bolehlah dianggap sebagai nama/alamat rasmi perniagaan atau blog kita. Oleh itu, sering kita fikir, apakah nama domain yang sesuai? adakah hanya dengan menggunakan .com atau .com.my atau .my?

Ramai yang berfikir bahawa domain .com.my atau .my ini mahal dan leceh kerana perlu menghantar salinan kad pengenalan & sijil perniagaan anda (jika .com.my). Namun tahukah anda, ada beberapa sebab utama domain-domain Malaysia ini lebih memberi impak dalam perniagaan online atau blog anda? di sini kami berikan beberapa sebab utama mengapa domain .com.my atau .my ini akan memberi impak kepada anda :

Menampakkan Identiti Perniagaan di Malaysia

Mungkin kita lebih teruja dengan .com kerana ia kelihatan International, namun anda perlu berfikir semula, dimanakah target audience anda yang sebenar? Jika anda lebih tertumpu kepada pelanggan atau viewers dari Malaysia sahaja, adalah lebih baik untuk anda menggunakan .com.my kerana lebih menampakkan identiti perniagaan/blog anda yang bertapak di Malaysia, bukan?

Mempengaruhi Ranking di Google (SEO)

Ramai tidak sedar bahawa pemilihan nama domain yang baik bakal mempengaruhi algoritma enjin carian khususnya Google. Google lebih menyukai nama domain yang lebih targeted , sebagai contoh, anda mempunyai perniagaan di Malaysia dan nama domain anda juga dari Malaysia. Ini penting kerana pelanggan atau viewers akan mencari produk atau servis yang mereka mahukan di enjin carian seperti Google. Jika nama domain dan content laman web anda adalah baik dan targeted, ia akan membolehkan laman web anda untuk berada di ranking yang baik di enjin carian khususnya Google.

Lebih Diyakini (Dijamin Oleh Badan Kerajaan)

Kadang-kala pelanggan pasti ragu-ragu untuk membeli dari sebuah laman web kerana takut ditipu dan sebagainya. Oleh sebab demikian, mana-mana domain .com.my atau .my perlu berdaftar dan dikawal sepenuhnya oleh Mynic (badan kerajaan). Sekiranya berlaku penipuan atau scam dari laman web .com.my, kita boleh membuat aduan kepada badan kerajaan dan tindakan boleh diambil kepada pemilik domain/perniagaan tersebut. Maka, ianya lebih terjamin jika dibandingkan dengan .com yang masih tiada pengawasan.

Sense Of Belonging

Perkataan ‘MY’ itu sendiri jika diterjemahkan membawa maksud ‘SAYA PUNYA’. Nama domain .my itu sendiri turut diminati oleh orang-orang di luar Malaysia kerana ianya kelihatan unik dan membawa maksud yang tersendiri jika dibandingkan dengan domain name negara lain seperti China (.CH), Indonesia (.ID), Singapore (.SG) dan lain-lain.

Lebih Banyak Pilihan

Jika dibandingkan dengan .com, .com.my lebih mempunyai banyak pilihan nama. Ini kerana, .com adalah domain International dimana seluruh dunia sebelum ini menggunakan domain .com. Maka, pemilihan nama domain lebih terhad jika menggunakan .com kerana ada kemungkinan nama tersebut telah dibeli oleh orang lain sebelum ini. Berbanding dengan .com.my, nama domain tersebut dibuka pada entiti perniagaan atau individu yang berada di Malaysia, maka pemilihan nama adalah lebih luas.

"In the information age, build a website before you build a workplace."

Amit Kalantri

ICEINK, YOUR WEBSITE DESIGN & DEVELOPMENT PARTNER.

Di ICEINK, kami menjaga laman web anda termasuklah database, email, fail web, design, SEO, payment gateway dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan laman web.

Hubungi kami sekiranya anda mempunyai idea perniagaan untuk diterjemahkan dalam bentuk online dan laman web. (juga boleh bertemu dalam Zoom Meeting / Google Meet untuk lebih mudah dan cepat).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Contents

LET’S WORK TOGETHER

Let’s find out how to work together and create something valuable websites

Need Help? Chat with us